Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul



Junjungan Mulia

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, February 22, 2010

Masa ...



Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1 hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik



ape nak kena buat hari ni?

ape nak kena buat minggu ni?

apa nak kena buat bulan ni ?

apa nak kena buat 5 bulan lagi ?

apa nak kena buat 1 tahun lagi ?

apa nak kene buat 5 tahun lagi ?
---------------------------------------------------

semua bermula dari PERACANGAN YANG BERKESAN ..

SUDAHKAH ANDA MERANCANG DIRI ANDA ??



( ANDA BUAT ANDA DAPAT )


( ustazah nor bahyah + azizisamsudin )

Saturday, February 20, 2010

apa pun yang terjadi ... berjalan lah tanpa henti


Apa pun yang terjadi dalam hidup kita, kita perlu berdiri pada diri sendiri, pandang ke depan dan teruskan kehidupan kita sebaik mungkin..jangan disebabkan masalah..kita mula mengabaikan diri sendiri..setengah orang menjadikan sesuatu masalah itu adalah beban kepada hidup mereka..sedangkan ianya adalah lumrah kehidupan yang tak pernah lari dari sesiapapun di dunia ini..ramai orang yang merasakan bahawa alangkah indah hidup ini jika tak punya masalah...tapi setiap masalah itu lebih mematangkan diri kita dan kita akan lebih berpandangan jauh..setipa masalah punyai penyelesaiannya tersendiri...cuma kita yang tak berusaha dan terlalu berfikiran negatif dan mengatakan masalah ini membebankan..memang benar kata orang 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'...tapi kita perlu bijak mencari alternatif untuk menyelesaikannya...carila seseorang untuk menjadi tempat meluahkan perasaan itu..jangan membebankan diri sehinggakan kita merasa tertekan..eloklah diluahkan dan cuba cari ketenangan dengan membuat pelbagai cara untuk kita cuba meringankan beban..ramai orang yang mencari sahabat untuk meluahkan perasaan..tapi ada juga yang meluahkan pada 'pasangan'masing....setiap orang punyai pandangan yang berbeza..tak kisahla macam mana pun asalkan dapat meringankan beban yang ditanggung..ada setengah menulis segala apa yang dirasa melalui penulisan dan merasakan lebih puas..ada juga yang hanya menjerit dan cuba lupakan untuk seketika..tapi hakikatnya tetap sama..kita cuba untuk melupakannya tapi tak cuba untuk menyelesaikanya..apa pun yang terjadi..teruskanlah berdoa padaNya..kerana segala2nya Allah yang mengetahuinya..sujudlah padaNya dan pohon padaNya agar ditenagkan hati dan dilapangkan dada..dan agar dikuatkan hati untuk menempuh segala yang mendatang...insya'Allah...selepas itu kita akan merasa lebih tenang..mungkin itu satu ujian untuk menguji tahap keimanan kita..jadi apa pun yang tejadi...cubalah teruskan hidup ini dan cuba untuk mencari penyelasaiannya..bangkit dan senyum dan katalah bahawa kita istimewa dan kita perlu berpijak pada bumi yang nyata..oleh itu..teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal dengan segala apa yang dilakukan..kita pasti boleh!!!! yakin pada diri sendiri...;-)...SENYUM...:-)

Wednesday, February 17, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMU

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padaMU atas segala cinta


Thanks Allah !

Sunday, February 14, 2010

Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
----------------------------------------------------------------
'''Tuah baik'''

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk ber[[judi]] pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.
-------------------------------------------------------
'''Nasib Malang@ Tuah Buruk'''

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan [[bahasa Kantonis]] bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Wednesday, February 10, 2010

X TAU NAK KATE APE

Salam..

Time jiji tulis ni,tak tau apa nak kata ...
Semua perasasan ada dalam diri ini,SEDIH!!!!! dengan macam-macam ragam manusia sekarang .

SEDIH ngan KESIAN - dua pekataan yang berbeza.Kalau KESIAN ade gak nak tolong. KALAU sedih??? TENGOK JE LA...

KULIT LIMAU YANG CANTIK TAK SEMESTINYA ISINYA MANIS ! KADANG-KADANG ISI YANG BUSUK PUN ADA.

AziziSamsudin...

Monday, February 8, 2010

Bob - Pengalaman Cinta


Di mana ku letakkan jiwa ini
Seakan bertebangan
Untuk mencari tempatnya
Hatiku kan selamanya
Memuja dan menyinta
Kau kekasihku


Selamat menyambut hari kekasih . SAYANG ..

---------------------------------------------------------------

Lama baru kini ku rasai
Memori bersemadi nan bersemi
Derita bahagia kita alami
Telah sebati menjadi cinta yang murni

Apa kah kau berubah hati
Daku tak mengerti
Mana pergi janji
Mengapa menyepi
Di mana dikau

Cinta datang pergi tak diundang
Hilang tiada ketenangan suram
Pendam dan tak mahu ku berdendam
Kenangan cinta kan hanya menjadi pengalaman

Telah kau pinta setulus cintaku
Kau damba ikatan kekal abadi
Kecewa meracuni hati suci
Andai cinta mu sering silih berganti

Saturday, February 6, 2010

MAKAN2 ...BSC

Salam ..
Alhamdulillah ..
rezeki melimpah ruah ..
tu la berkat kesabaran .. :D
ape lagi .. MAKAN time ...

nak oder ape ekk ? ahh .. novess!!!

amad a.k.a Nesh .. tibe2 buat muke tekejut kenapa ??

abang apis .. Nesh .. ngan JIJI .. hahaha... lantak sampai pengsan ...

yum2...

ayam lakk ...atas daging ...

seafood la pulakk ... ahh !!

sedapnye !! dah x pk ape dah .. makan je ..

last pose .. amad ngan marachino ceri ..

kenyang .. ape lagi ..
kene kuruskan badan balikk .. hahahhaa...
tema kali nie

( BERUSAHA MENGGEMUKKAN BADAN )

Friday, February 5, 2010

:D nak senyum mcm nie leh tak ?



LARIKKK!!!!!!!

jap .. ade tak dalm list ?? hadiah ??

seluar dalam ??

ky JELLY set YA ???

emm .. belum ade ... :D

dunia oh dunia .. :D

Thursday, February 4, 2010

12 M ....


TIPS BERHENTI MEROKOK 12 M

1. MELENGAH-LENGAHKAN

*Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2. MENARIK NAFAS PANJANG

*Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3. MINUM AIR

*Terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein

4. MENYIBUKKAN DIRI

*Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. MENJAUHKAN DIRI

*Daripada orang yang merokok

6. MENGELAKKAN DIRI

*Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7. MENGUNYAH SESUATU

*Seperti gam dan buah-buahan

8. MEMBASUH TANGAN

9. MANDI DENGAN KERAP

10. MEREGANGKAN OTOT

*Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11. MEDITASI

12. MEMOHON DOA

Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkat usaha.

INSHAALLAH ia akan berjaya .. :D

azizisamsudin

Tuesday, February 2, 2010

10 tips untuk kurus :D



10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

azizisamsudin