Monday, November 30, 2009

ayat minggu ini :D


Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran

selamat bekerja :D u

P/s-update sikit je sbb esok isnin, bz kan

salam sayang!

azizisamsudin

Thursday, November 26, 2009

perjumpaan setelah 14 tahun x jumpe ...







salam .. nak dijadikan cite .. aku terpandang dalam surat kabar kosmo ..

mencari kawan yang hilang ( mohd azizi ) tinggal di segambut ... terpisah dari umur 10 tahun .. boleh????


beranikan diri .. kol je no tu ... tup2 member baik aku time darjah 3 ....

ahhh .. tekejut aku ... ade orang masih sayangkan aku .. :D

so kami pun buat pejumpaan .. kat UITM .. tul aku ingat lagi ...

kumpul punye kumpul . jumpe dalam FACEBOOK ... tup2 dah kawin...

ape lagi

GAMBO la .. !!

( SELAMAT PENGANTIN BARU SANIDA )

Wednesday, November 25, 2009

takde keje ...




nie namenye dah kul 1 pagi tak reti nak balik rumah . duk opis ngan bos ambik gambo ..

kene lak kepala bos yang gile2 .. hahhahaha...

SELAMAT HARI RAYE AIDIL ADHA ..

MAAF ZAHIR JE .. BATIN X DE KAN .. KAN .. KANN ...

Tuesday, November 24, 2009

KORBAN


Maksud Firman Allah SWT

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya”

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.


Ibadat korban adalah ibadat yang mempunyai hikmah dan falsafah tersendiri. Korban berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Qaruba’, ‘Qarubu’ dan ‘Qurbaan’ yang ertinya dekat mendekati. Daripada segi syarak, ia membawa maksud amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Ia bererti sembelihan korban (penyembelihan binatang ternakan seperti unta, lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya) adalah ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah. Penyembelihan ini hanya boleh dilakukan pada Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Ulama Islam sepakat menyatakan bahawa korban disyariatkan dalam Islam dan sebagai satu sunnah Nabi Muhammad SAW.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Dengan itu, sembahyanglah kerana Tuhan-mu semata-mata dan sembelihlah korbanmu.” (Surah Al-Kausar, ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbesarkanlah kamu akan korban kamu, kerana ia di atas Siratal Al-Mustaqim nanti sebagai tungganganmu.”


Satu peristiwa penting yang ada hubungan dengan amalan korban ialah peristiwa Nabi Allah Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Allah Ismail. Hal ini diterangkan dalam al-Quran.

Kisahnya bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi diperintahkan Allah menyembelih anaknya, Ismail. Baginda pun bermusyawarah dengan anak dan isterinya (Siti Hajar), bagaimana pendapat keduanya mengenai mimpi itu.

Berkata Siti Hajar. “Barangkali mimpi itu permainan tidur belaka maka janganlah engkau melakukannya. Akan tetapi apabila mimpi itu adalah wahyu Allah yang harus ditaati maka saya berserah diri kepada Allah yang sangat pengasih dan penyayang terhadap hambanya.”

Berkata pula Nabi Ismail, “Ayahku!, apabila ini adalah wahyu yang harus kita taati, maka saya pun rela untuk disembelih.” Maka ketiga-tiga beranak itu ikhlas untuk melakukan perintah Allah, dan keesokan harinya Nabi Ibrahim dan anaknya pergi ke kaki Bukit Malaikat di Mina seperti diwahyukan Allah untuk melakukan perintah korban.

Dalam perjalanan itu mereka bertemu seorang lelaki tua yang melarang Nabi Ibrahim meneruskan niatnya dengan pelbagai alasan. Katanya, “Tidakkah terfikir oleh kamu betapa sukar kamu hendak mendapatkannya. Jika kamu laksanakan juga, ia bukan saja menghancurkan hati Hajar, ibu kandungnya (Ismail), tetapi juga hati ibu tirinya, Sarah.”

Pujukan orang tua tidak dikenali itu sama sekali tidak mematahkan semangat Nabi Ibrahim dan anaknya. Mereka tahu kata-kata itu adalah suara iblis yang menyerupai manusia. Lalu ditabahkan hati mereka sambil bertindak melemparkan batu kecil ke arah lelaki itu.

Lembaga itu akhirnya hilang. Sebenarnya ada tiga tempat syaitan ini cuba menggoda dan menghasut Nabi Ibrahim iaitu di Jamrah al-Ula, Jamrah al-Wusta dan Jamrah al-Aqabah.

Bagaimanapun, syaitan tidak berjaya menghalang niat Nabi Ibrahim. Peristiwa pada ketiga-tiga tempat itu dijadikan salah satu rukun dalam ibadat haji yang mengandungi simbolik dalam memerangi gangguan dan hasutan syaitan.

Selepas berjaya menewaskan syaitan, Nabi Ibrahim bersedia melakukan penyembelihan anaknya itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tatkala kedua-duanya tunduk menurut perintah Allah dan digulingkan anaknya ke tanah hendak disembelihnya, lalu kami berseru, hai Ibrahim, sesungguhnya engkau turuti mimpi itu. Begitulah kami membalas orang yang baik, Sesungguhnya ini ujian yang nyata daripada Allah. Kami tebus anaknya itu dengan seekor kibas yang gemuk dan kami tinggalkan nama yang baiknya sampai kepada orang kemudian. Selamat sejahteralah Ibrahim.” (Surah al-Saffat, ayat 103-109)

Peristiwa itu menunjukkan betapa tinggi, betapa agungnya pengorbanan Nabi Allah Ibrahim demi menurut perintah Allah. Semangat dan roh daripada pengabdian diri secara mutlak dan menyeluruh kepada Allah inilah yang hendak diajar dan ditarbiyah Islam kepada pemeluknya di muka bumi ini.

Peristiwa korban juga mengajar umat Islam supaya berkorban apa saja, termasuk nyawa sendiri demi menegakkan kalimah tauhid. Jadi, korban bukan saja berbentuk harta benda, tetapi termasuk soal yang menyentuh hati nurani seseorang insan.

Ada riwayat mengatakan, bagi sesiapa yang melakukan ibadat korban maka pada hari kiamat nanti, segala amalannya akan menjadi saksi di sisi Allah. Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Al-Hakim bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya (binatang) korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya dan sesungguhnya darahnya jatuh ke sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dulu daripada jatuh ke bumi. Maka bergembiralah diri kamu dengan korban itu.”

Waktu untuk melakukan korban ialah pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijah) dan hari Tasyrik. Pada hari itu, umat Islam dilarang berpuasa. Apakah hikmatnya larangan berkenaan? Larangan berkenaan bagi membolehkan seramai mungkin umat Islam menikmati daging korban.

Pemberian sebahagian daging korban oleh sesiapa yang melakukan korban menunjukkan Islam mengajar umatnya konsep jemaah dan perpaduan.

Orang yang melakukan korban seharus mengetahui hikmah dan falsafah yang terkandung di dalam ibadat korban. Oleh sebab itu disunatkan untuk khatib menyentuh mengenai peristiwa korban Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, di dalam khutbah Aidiladha.

APAKAH MAKSUD KORBAN PADA DIRI ANDA ??

Friday, November 20, 2009

lagu minggu nie :D


Lagu ini di tujukan kepada sesiapa yang berkaitan dengan ucapan selamat maju jaya. sekian.

Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam

Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang

Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai

Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong

Suruh angguk — angguk
Surug geleng — geleng

Oh pujilah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu

Ada tangan — tadah
Ada maruah — campak

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Ada mata — pandang
Ada telinga — dengar
Ada mulut — diam

Ada tangan — garu
Ada kaki — goyang

Ada otak — pandai
Ada akal — pakai
Ada bijak — gadai

Ada mata — pejam
Ada mulut — kunyah

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah
Buatlah
Buatlah tak tahu

Tepuklah
Tepuklah
Tepuklah tanganmu

Biarkan
Biarkan
Biarkan berlaku

Thursday, November 19, 2009

Senyum :D





Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN ..
SALAM IKHLAS

AZIZISAMSUDIN

Wednesday, November 18, 2009

kah..kah ..kah,,,


Azizi Bin Samsudin gamba aku form 2 .. kah .. kah .. kahh !!! aku nak tegelak hari nie ... tolong !!!!Yesterday at 9:26pm ·

Janet Henerita Intin
ko jgn gelak..ni sentimental value item tau..


Salina
mane satu ko ni jie.. dah mcm anak burma muka seko2

El Laiel
kate kooo

Aziani Bt Hamzah
Jiji...msa ni..mmg wajah muda remaja.....hensemmm....!!!

Aziani Bt Hamzah
pandainyer adik akak ni kan.....nenas ler.....!!!


aku x leh tahan tgk muke aku form 2 nie .. mcm nak pecah perut hahahha.. kalau letak lagi tak tau la .. mau teburai isi perut aku nie ...

rindu time belaja mcm nie .. semua siap sedia ... ckp je nak duit .. mak masukkan ... time sekarang ??? kalau xde duit ?? merasa la makan megi . nasib baik aku keje bahagian mkan .. ape nie lari tajuk .. ???

dah jgn nak hencap diriku lebih2 ..
alo..dulu SMKSJ johan kawad ok .. skrg ADO?? zaman2 dulu siap kawad hari kebangsaan tak silap 2008 kau ado???. dah lebih 10 tahun dah gamba nie !!! oh my gucci !!! tuanya aku !!! cikguu sudin pun dah ade 6 orang anak !! gamba nie dia still bujang ..

Sunday, November 15, 2009

rumah ku di Semenyih ...






alhamdulillah .. umurku yang dah meningkat nie .. aku perlukan sebuah tempat untuk berteduh .. lebih kurang 3 tahun lepas .

dah hampir dua tahun tinggalkan rumah nie x berpenghuni .. sebelum nie memang duk kat sana (sbb keje kat starbuck metropoint kajang) lepas tu dapat offer keje MAS ..

terbiarlah lama rumah x berpenghuni ..

2 3 bulan sekali baru balik sapu .. mop.. ambik bil air api ..

nak citekan ttg rumah nie .. Ya Allah .. punyelah susah mase 1 time duduk sana ..seingat aku aku orang 1st yang duk taman tu ..
x de air .. x de elektrik .. tapi alhamdulillah .. makin lama makin ok .. :)

(BANYAK KENANGAN AKU KAT RUMAH NIE)

dah la .... cite best2 lak ..

alang2 rumah tu x berpenghuni .. ape kate kite sewekan jer.. (kate mak aku)
aku terus x pk panjang .. JADIKK ... UNTUK APE AKU SAYANGKAN RUMAHNIE?? IA HANYA KENANGAN .. KALAU ADE SAPE NAK BELI PUN BOLEH .. :D

TANGAN DAH GATAL NIE ..lame x pegang duit .. ashik naik HONDA je .. nak gak naik kete.. ( honda ex5 ) hahahahhaa....

Saturday, November 14, 2009

“Separuh Jiwaku Pergi”


Lagu “Separuh Jiwaku Pergi”
Artis “Anang Hermansyah”

Separuh Jiwaku Pergi
Memang Indah Semua
Tapi Berakhir Luka

Benar ku Mencintaimu
Tapi Tak Begini
Kau Khianati Hati Ini
Kau Curangi Aku

Kau Bilang Tak Pernah Bahagia
Selama Dengan Aku
itu Ucap Bibirmu

Kau Dustakan Semua
Yang Kita Bina
Kau Hancurkan Semua

>-tq abg zam bg cd nie..
layan jer .. hahaha...

Friday, November 13, 2009

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Salam pagi JUMAAT kepada sesiapa yang mengenali diriku ..

Wednesday, November 11, 2009

CUCI :)








tq kawan2 ku .. aku sgt2 menghargai kamu ....
doakan keselamatan aku kat sini .. ade mase kite jumpe lagi k ..

Sunday, November 8, 2009

ayat minggu ini ...............


Kalau ke laut susur gelombang, jangan kemudi patah sauhnya, kalau bertaut kasih dan sayang, jangan diuji dalamnya cinta, jangan lah jangan di uji cinta...... yihhh !!!!




EXPECT THE UNEXPECTED ....
nak lebih lanjut .. tgk blog acap...

http://usheruffmuahaha.blogspot.com/


bru bukak blog nie terus jadi insaf.....hahahhaha... love u acap !!!

Friday, November 6, 2009

pesan mak aku :D


x baik kacau orang tengah bahagia ...


x baik caras rezeki(ot) orang .. sbb rezeki ada dimana2 ..

x baik berdendam bagai . tuhan merancang bende yang lebih baikk untuk masa akan datang ..


memaafkan seseorang adalah bende yang paling bererti dalam sesebuah kehidupan ...

+ kalau doakan lagi bagus .... :D

( pesan makcik eton kepada anak kesayangan dia ... )
(jgn lupe sembahyang,jgn lupekan tuhan,rezeki akan limpah ruah GG)

salam PAGI JUMAAT SAYANG !!


BERAT BADANKU DARI 95KG TURUN KE 84.3KG .... YESSSSSSSS!!!!